Pada 29 Mac 2009 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 bertempat di Dewan Gemilang SKKC. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha al-Fadhil Ustaz Roslaili (pegawai Khas j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Bachok. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Ahmad Khairi dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Encik Hassan b Mamat (Guru Besar SKKC). Seterusnya Yang di Pertua PIBG, Tuan Haji Termizi b Musa pula mengambil tempat memberikan ucapan sebelum Ustaz Roslaili memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Pada majlis itu juga, beberapa orang pelajar cemerlang UPSR tahun 2008 diraikan dan diberikan cenderamata daripada pihak PIBG. Sejurus selepas itu, bermulalah meyuarat yang berlangsung hampir 2 jam. Mesyuarat berakhir pada jam 5.50 petang pada hari tersebut.
6:34 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment