9:53 PM

Sentuhan Terakhir


Guru-guru dan kakitangan sedang bertungkus lumus membuat persiapan terakhir sebelum menjelang hari pertandingan.

7:36 PM

DADAH DAN KESANNYA

Penyalahgunaan dadah menjadi masalah utama di banyak negara membangun. Dadah juga disifatkan sebagai musuh utama negara-negara tersebut. Di negara kita, masalah dadah menjadi masaalah nasional. Pemerintah telah membelanjakan berjuta-juta dolar untuk memeranginya. Selain daripada itu, banyak tenaga kerja diperlukan bagi membasmi penyalahgunaan dadah itu.

Di negara kita ini, kebanyakan penagih dadah yang telah dikenalpasti terdiri daripada belia-belia yang berumur antara dua puluh hingga dua puluh sembilan tahun. Mereka ini umumnya banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan sebaya yang ingin lari dari alam nyata dan berkhayal dengan alam fantasi ciptaan mereka. Hidup mereka terbiar dan tidak berdisiplin. Bermula dengan mencuba-cuba dan akhirnya terjebak ke dalam perangkap dadah. Kesudahannya mereka tidak dapat membebaskan diri dari cengkaman ketagihan dadah. Ada juga belia-belia yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah bersebab dari keadaan sekeliling dan keluarga yang tidak tenteram dan kocar-kacir. Mereka ini hidup dalam keadaan tertekan dan bagi menghilangkan tekanan hidup ini, mereka menagih dadah.

Terdapat juga penagih-penagih yang terlibat dengan jenayah-jenayah lain seperti mencuri, merompak, pecah rumah, merosak harta awam, mencabul kehormatan dan kegiatan kumpulan haram. Di negara ini, berbagai usaha telah dilakukan bagi mengatasi masaalah penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah dengan mengadakan program pendidikan pencegahan. Dalam program ini, belia-belia disedarkan dari segi mental dan fizikal supaya menjauhi dadah. Program ini juga cuba membentuk suasana sekitar yang menjadikan penyalahgunaan dadah sebagai satu perkara jelek, antisosial dan musuh negara. Melalui program tersebut juga, semua golongan masyarakat dilibatkan sama bagi langkah pencegahan dan pengawasan dadah yang lebih menyeluruh.

Kertas ilmiah ini melihat keadaan semasa penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia sejak tahun 1990 hingga 1993. Laporan dadah mencatatkan angka seramai 20,236 penagih dadah sepanjang tahun 1992 termasuk 60 hingga 70 peratus golongan belia berumur antara 20-29 tahun. Seramai 12,486 penagih dadah telah kembali menagih dadah selepas pulih dari pusat serenti. Keadaan ini mengurangkan tenaga pembangun negara yang amat diperlukan oleh negara kita. Diramalkan bahawa angka ini akan mencapai 24,614 penagih dadah pada tahun 1994 jika masalah ini tidak diselesaikan. Kertas ilmiah ini telah mengulas beberapa punca penyalahgunaan dadah di kalangan penduduk Malaysia. Faktor keseronokan, pengaruh kawan dan rasa ingin tahu merupakan faktor utama penyebab penyalahgunaan dadah di Malaysia. Faktor tekanan jiwa, keseronokan seksual, rawatan kesihatan dan pengambilan dadah secara tidak sengaja juga mempengaruhi penggunaan dadah di negara ini. Penggunaan dadah Heroin adalah popular di Malaysia melibatkan penggunaan secara "Chasing The Dragon". Penyalahgunaan dadah membawa beberapa kesan yang merugikan masyarakat dan kerajaan Malaysia kerana ia menjejaskan kesihatan individu penagih dadah dan menyebabkan perubahan sikap yang negatif dan lembap. Ekonomi negara terjejas kerana perbelanjaan ke atas dadah menelan belanja RM59 juta setahun dan kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM100 juta untuk memulihkan golongan penagih ini. Keselamatan negara terancam kerana 60-70 peratus kes jenayah yang berlaku berpunca daripada penagihan dadah. Strategi kerajaan setakat ini masih perlu diperbaiki untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah. Kerajaan telah menjalankan banyak strategi untuk mencegah penggunaan dadah. Strategi pencegahan awal, perundangan, penguatkuasaan, rawatan, pemulihan dadah, sistem maklumat dadah, penyelidikan, kerjasama antarabangsa, peranan organisasi bukan kerajaan dan sektor swasta dilakukan untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah di Malaysia. Maka beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini. Ketegasan perundangan, kawalan dan sekatan kemasukan dadah perlu dikaji dan dipergiatkan untuk mengawal kemasukan dadah. Rawatan pesakit luar, sikap menjauhi dadah dan perbincangan pengalaman pahit ketagihan dadah boleh mempertingkatkan ketahanan masyarakat Malaysia terhadap ketagihan dadah. Sokongan masyarakat terhadap pencegahan dan pemulihan dadah adalah penting untuk mengurangkan masalah tersebut.
AGENSI Dadah Kebangsaan (ADK) berperanan sebagai badan pelaksana kepada Majils Dadah Kebangsaan untuk me-merangi gejala penyalahgunaan dadah", kata pengarahnya, Dato' Bakri Hj. Omar semasa sesi temuramah bersama war-tawan Dewan Siswa di pejabatnya baru--baru ini. Kegawatan masalah penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar sekolah se-makin ketara pada masa kini. Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan pa-da 7 Februari 1996 di bawah Kementeri-an Dalam Negeri.. Agensi Dadah Kebangsaan menggaris-kan tiga perkara sebagai strategi utama perlaksanaannya iaitu pencegahan, pen-guatkuasaan undang-undang di samping rawatan, dan pemulihan. Perkara inilah teras untuk menghapuskan gejala ini da-ripada merosakkan para remaja khusus-nya para pelajar sekolah. Kaedah yang digunakan oleh Agensi Dadah Kebangsaan ialah pencegahan awalan dan umum. Pencegahan awalan ini lebih ditumpukan kepada sekolah-se-kolah. Pencegahan ini merangkumi pro-gram-program yang boleh menghindark-an pelajar daripada terjebak ke Iembah hina ini.

Program 'PINTAR' merupakan salah satu program efektif yang dijalankan di sekolah-sekolah rendah. Pada mulanya program ini ditumpukan kepada pelajar tahun lima tetapi memandangkan pengetahuan mengenai bahaya dadah perlu menyeluruh maka perlaksanannya dilu-askan kepada pelajar tahun empat dan enam. Program ini mendedahkan pelajar kepada bahaya penggunaan dadah, pem-bentukan personaliti diri dan cara meng-hindari dadah. Rasionalnya, program ini memimpin setiap pelajar mengatakan 'Tidak' kepada dadah. Manakala, pencegahan umum pula me-rangkurni program-program yang diran-cang untuk masyarakat khususnya para pekerja. Mereka didedahkan mengenai bahaya dadah melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Strategi kedua pula ialah penguat-kuasaan undang-undang yang dilaksana-kan dengan kerjasama Jabatan Narkotik, Polis Di Raja Malaysia. Jabatan Narko-tik bertindak untuk menyekat kemasuk-an dadah ke negara ini. Penguatkuasaan undang-undang sebegini membantu per-laksanaan setiap program ADK dengan lebih lancar. Strategi ketiga ialah rawatan dan pe-mulihan iaitu untuk penagih-penagih yang memerlukannya. Mereka akan di-tempatkan di pusat-pusat Serenti untuk memulihkan akhlak dan pemikiran me-reka untuk menjauhi dadah. Pengumuman Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan yang mahu menjalankan ujian air kencing (Ujian Pantas) di akhbar baru-baru ini mengejutkan banyak pihak terutama ibu bapa. Ujian air kencing yang dilaksana-kan di sekolah ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau personaliti se-seorang pelajar. Malah, ujian ini hanya layak dijalankan ke atas para pelajar yang disyaki terlibat atan menunjukkan tanda--tanda yang mencurigakan terlibat dengan dadah sahaja. Dalam konteks ini, kerjasama daripada pihak ibu bapa amat dialu-alukan supaya masyarakat pelajar bebas dari gejala pe-nyalahgunaan dadah. Pelajar-pelajar per-lu menjauhkan diri dari belengu dadah. Perkara pertama yang harus mereka hin-dari ialah budaya merokok. Budaya me-rokok akan memudaratkan kesihatan dan boleh membawa kepada penglibatan da-lam gejala penyalahgunaan dadah.

7:29 PM

SKKC BERJAYA MEMASUKI PERTANDINGAN LORONG PPDa PERINGKAT KEBANGSAAN


Ahad; Hari ini SKKC sekali lagi mencatatkan sejarahnya yang tersendiri kerana menjuarai katogori lorong PPDa Negeri Kelantan. Dengan kemenangan ini, SKKC secara automatik akan mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan dalam kategori tersebut. Kami seluruh warga SKKC amat berbangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk memartabatkan nama SKKC dan JPN Kelantan melalui peluang yang ada ini.

9:40 PM

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah



















7:13 PM

Masalah HANTU di SKKC selesai

Masalah hantu ataupun gangguan di SKKC diberitakan sudah selesai dengan bantuan seorang pengamal perubatan Islam yang telah sudi menghulurkan bantuan menyelesaikan masalah ini. Hal ini telah disahkan oleh Cikgu Nik yang menyatakan 'pengganggu' tersebut telah diusir daripada sini. Oleh yang demikian, warga SKKC terutama pelajar tidak perlu lagi merasa risau mahupun bimbang untuk manjalankan aktiviti seperti biasa di sekolah. Apa yang penting di sini ialah moga-moga kita sama-sama mengambil iktibar di atas apa yang berlaku.

9:00 PM

Sekalung Tahniah Kepada Cikgu Emi dan Cikgu Norliza


Hari ini merupakan hari yang bertuah kepada 2 orang guru SKKC iaitu Cikgu Emi Sharlina dan Cikgu Norliza kerana merupakan antara yang mendapat kecemerlangan di dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) baru-baru ini. Sekalung tahniah kepada mereka berdua... Dilihat Cikgu Norliza begitu gembira di atas kejayaan tersebut. :)


P/S: Bila nak belanja weh? hehe

9:59 PM

JUALAN AMAL


ثلاث : ساتو جوالن عمل تله دلاكوكن برتمفت دبيليق ضورو باضي ممبري سومباغن كفد سئورغ فاءخيق بوتا. ملالوءي خارا ايت، ضورو دافت مندرما دسمفيغ مغهولوركن درما كفد مريك يغ كورغ برنسيب باءيق.

8:56 PM

Warga SKKC "diganggu'?


Sejak kes kerasukan beberapa orang pelajar SKKC minggu lepas telah menimbulkan perasaan takut kepada pelajar dan guru-guru. Menurut Cikgu Nik, kes ini sebenarnya fenomena biasa dan kita tidak perlu takut kerana makhluk halus juga merupakan makhluk Allah. Beliau yang mempunyai pengalaman di dalam perubatan Islam menyatakan pernah diganggu oleh mereka. Beliau tidak menafikan bahawa gangguan ini bermula sejak sebulan yang lalu iaitu lebih tepat lagi setelah Majlis Maulidur Rasul iaitu menyembelih seekor lembu. Pok Kar (guard SKKC) juga mengesahkan turut menerima gangguan tersebut akhir-akhir ini terutamanya pada waktu lewat petang dan tengah malam. Terbaru, isteri Cikgu Hamdan juga 'terkena' selepas Cikgu Hamdan pulang dari sekolah kelas malam. Bagaimanapun, kita tidak perlu panik dan risau kerana apa yang penting ialah kita perlu tahu adab bermuamalat dengan makhluk ini dengan cara tidak bermulut celupar dan menjaga akhlak.

5:00 PM

Pelajar berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2008



Isnin ; Seramai 70 orang pelajar telah berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2008 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Pelajar telah dibawa dengan sebuah bas yang disewa khas bagi tujuan tersebut. Mereka ditemani oleh 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Puan Hasnah (PK HEM) sendiri. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku ilimah mahupun buku sampingan lain semasa lawatan tersebut. Sekalung tahniah kerana seramai 3 orang pelajar SKKC telah berjaya memenangi baucer pembelian buku selepas berjaya menjawab soalan semasa pameran berlangsung.

10:02 PM

SOLAT TERAPI MINDA


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.
Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.
Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Petua Imam Shafie
4 perkara untuk sihat
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Cara tidur
1. Tidur para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah.
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. -

10:46 PM

Ustazah Rohana kini SUDAH BERTEMAN




Ahad; Ustazah Rohana kini telah mempunyai 'teman baru'. Betoi ka? Ini bukan gossip mahupun khabar angin kerana Ustazah Rohana dilihat sentiasa ke sana kemari x mengira siang ataupun malam bersama. tetapi jangan salah sangka kerana teman yang dimaksudkan ialah Myvi, kereta yang baru dibeli nya.. hehe..




Tahniah buat ustazah... Orang sebelah bile plak? hehee

10:41 PM

Bilik Guru SKKC kini dilengkapi Fridge dan Water Dispenser


Ahad; Guru-guru yang berada di bilik guru SKKC telah menunjukkan muafakat dengan menghulurkan sumbangan masing-masing untuk membeli Fridge dan Water Dispenser. Penyumbang terbesar diterima daripada Tn Haji Zul dan Puan Norashikin. Sekalung tahniah kerana anda telah menunjukkan semangat kekitaan yang cukup baik.

5:40 PM

Corat coret LDP

Peserta sedang mengikuti kursus LDP. Dilihat disitu Cikgu Aziz dan Ust Aris sedang khusyuk buat bengkel. Cikgi2 pulak duk sibuk posing.heehee. Bos Wan Basri pun dilihat bersama Cikgu Khairul dan Ust Rusdi turut mengambil bahagian.











10:13 PM

Kenali Diri Anda



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3


Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4


Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5


Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6


Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7


Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8


Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, & 9.


no.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.



no.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

5:37 PM

KURSUS LDP


Semua warga SKKC diminta hadir mengikuti Kursus Latihan Dalam Perkhdmatan yang bertujuan untuk memperkasakan keberkesanan P&P dalam bilik darjah. Butir-buitr mengenai kursus tersebut adalah seperti berikut:


Tarikh : 26 April 2008 (Sabtu)

Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 ptg

Venue : Makmal Komputer SKKC


Kehadiran adalah wajib.


Makan disediakan deh.hehee

5:03 PM

Minggu Pendidikan Antidadah (PPDa) 2008


SKKC akan mengadakan Minggu Pendidikan Antidadah atau singkatannya PPDa 2008 bermula 11 hingga 15 Mei 2008. Pelaksanaan PPDa adalah selaras pengisytiharan 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa oleh Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND). Diperingkat nasional pula, 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Selaras dengan itu, SKKC menyahut saranan ini dengan menganjurkan PPDa peringkat sekolah bagi menyampaikan informasi yang berkaitan dadah bagi memberi kefahaman dan maklumat berkenaan dadah.