SKKC akan mengadakan Minggu Pendidikan Antidadah atau singkatannya PPDa 2008 bermula 11 hingga 15 Mei 2008. Pelaksanaan PPDa adalah selaras pengisytiharan 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa oleh Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND). Diperingkat nasional pula, 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Selaras dengan itu, SKKC menyahut saranan ini dengan menganjurkan PPDa peringkat sekolah bagi menyampaikan informasi yang berkaitan dadah bagi memberi kefahaman dan maklumat berkenaan dadah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment