8:56 PM

Warga SKKC "diganggu'?


Sejak kes kerasukan beberapa orang pelajar SKKC minggu lepas telah menimbulkan perasaan takut kepada pelajar dan guru-guru. Menurut Cikgu Nik, kes ini sebenarnya fenomena biasa dan kita tidak perlu takut kerana makhluk halus juga merupakan makhluk Allah. Beliau yang mempunyai pengalaman di dalam perubatan Islam menyatakan pernah diganggu oleh mereka. Beliau tidak menafikan bahawa gangguan ini bermula sejak sebulan yang lalu iaitu lebih tepat lagi setelah Majlis Maulidur Rasul iaitu menyembelih seekor lembu. Pok Kar (guard SKKC) juga mengesahkan turut menerima gangguan tersebut akhir-akhir ini terutamanya pada waktu lewat petang dan tengah malam. Terbaru, isteri Cikgu Hamdan juga 'terkena' selepas Cikgu Hamdan pulang dari sekolah kelas malam. Bagaimanapun, kita tidak perlu panik dan risau kerana apa yang penting ialah kita perlu tahu adab bermuamalat dengan makhluk ini dengan cara tidak bermulut celupar dan menjaga akhlak.

0 comments: