9:59 PM

JUALAN AMAL


ثلاث : ساتو جوالن عمل تله دلاكوكن برتمفت دبيليق ضورو باضي ممبري سومباغن كفد سئورغ فاءخيق بوتا. ملالوءي خارا ايت، ضورو دافت مندرما دسمفيغ مغهولوركن درما كفد مريك يغ كورغ برنسيب باءيق.

8:56 PM

Warga SKKC "diganggu'?


Sejak kes kerasukan beberapa orang pelajar SKKC minggu lepas telah menimbulkan perasaan takut kepada pelajar dan guru-guru. Menurut Cikgu Nik, kes ini sebenarnya fenomena biasa dan kita tidak perlu takut kerana makhluk halus juga merupakan makhluk Allah. Beliau yang mempunyai pengalaman di dalam perubatan Islam menyatakan pernah diganggu oleh mereka. Beliau tidak menafikan bahawa gangguan ini bermula sejak sebulan yang lalu iaitu lebih tepat lagi setelah Majlis Maulidur Rasul iaitu menyembelih seekor lembu. Pok Kar (guard SKKC) juga mengesahkan turut menerima gangguan tersebut akhir-akhir ini terutamanya pada waktu lewat petang dan tengah malam. Terbaru, isteri Cikgu Hamdan juga 'terkena' selepas Cikgu Hamdan pulang dari sekolah kelas malam. Bagaimanapun, kita tidak perlu panik dan risau kerana apa yang penting ialah kita perlu tahu adab bermuamalat dengan makhluk ini dengan cara tidak bermulut celupar dan menjaga akhlak.

5:00 PM

Pelajar berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2008



Isnin ; Seramai 70 orang pelajar telah berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2008 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu. Pelajar telah dibawa dengan sebuah bas yang disewa khas bagi tujuan tersebut. Mereka ditemani oleh 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh Puan Hasnah (PK HEM) sendiri. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku-buku ilimah mahupun buku sampingan lain semasa lawatan tersebut. Sekalung tahniah kerana seramai 3 orang pelajar SKKC telah berjaya memenangi baucer pembelian buku selepas berjaya menjawab soalan semasa pameran berlangsung.

10:02 PM

SOLAT TERAPI MINDA


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.
Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.
Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.
Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Petua Imam Shafie
4 perkara untuk sihat
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian daripada kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Cara tidur
1. Tidur para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. Tidur para ulama dan ahli ibadah.
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. Tidur raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. Tidur syaitan
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka. -

10:46 PM

Ustazah Rohana kini SUDAH BERTEMAN




Ahad; Ustazah Rohana kini telah mempunyai 'teman baru'. Betoi ka? Ini bukan gossip mahupun khabar angin kerana Ustazah Rohana dilihat sentiasa ke sana kemari x mengira siang ataupun malam bersama. tetapi jangan salah sangka kerana teman yang dimaksudkan ialah Myvi, kereta yang baru dibeli nya.. hehe..




Tahniah buat ustazah... Orang sebelah bile plak? hehee

10:41 PM

Bilik Guru SKKC kini dilengkapi Fridge dan Water Dispenser


Ahad; Guru-guru yang berada di bilik guru SKKC telah menunjukkan muafakat dengan menghulurkan sumbangan masing-masing untuk membeli Fridge dan Water Dispenser. Penyumbang terbesar diterima daripada Tn Haji Zul dan Puan Norashikin. Sekalung tahniah kerana anda telah menunjukkan semangat kekitaan yang cukup baik.

5:40 PM

Corat coret LDP

Peserta sedang mengikuti kursus LDP. Dilihat disitu Cikgu Aziz dan Ust Aris sedang khusyuk buat bengkel. Cikgi2 pulak duk sibuk posing.heehee. Bos Wan Basri pun dilihat bersama Cikgu Khairul dan Ust Rusdi turut mengambil bahagian.